fbpx

Notis Privasi

Tujuan Notis Privasi

Notis Privasi ini menerangkan bagaimana Maklumat Peribadi anda dikumpulkan, digunakan, diproses dan didedahkan oleh The Dalucia Sdn Bhd sejajar dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) serta lain-lain undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkuatkuasa.

Maklumat Peribadi

Kami mengumpulkan Maklumat Peribadi melalui pelbagai cara termasuk melalui laman web ini semasa urusan perniagaan kami dengan anda. “Maklumat Peribadi” adalah maklumat yang dapat mengenal pasti anda dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan anda atau individu lain yang berkaitan dengan anda.

Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpulkan

Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda dan individu yang berkaitan dengan anda bergantung pada hubungan anda dengan kami.

Ini termasuk nama, alamat, e-mel, nombor telefon, email, jantina dan kata laluan.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi

Kesemua maklumat tersebut akan kami gunakan untuk mendapatkan feedback daripada pengguna tentang produk dan untuk tujuan pemasaran dan latihan. Maklumat tersebut akan digunapakai semasa:

  • Panggilan dan rakaman telefon

  • Rakaman berbentuk visual : zoom dan lain-lain

  • Gambar yang dikongsikan

  • Maklum balas bertulis melalui whatsapp atau platform sosial media yang lain

Bagaimana Kami Mengumpulkan Maklumat Peribadi

The Dalucia Sdn Bhd mengumpulkan Maklumat Peribadi melalui pelbagai saluran dan medium. Saluran biasa yang kami sediakan adalah ketika:

  • anda berinteraksi dengan mana-mana ejen atau wakil kami;

  • anda mengakses laman web kami dan melakukan transaksi dalam talian;

  • anda berinteraksi dengan pegawai perkhidmatan pelanggan kami; dan/ atau

  • anda mengambil bahagian dalam sebarang peraduan atau promosi kami.

Keselamatan Pendedahan Maklumat Peribadi

Tiada maklumat peribadi yang akan dijual, dipindahmilik atau diberikan kepada mana-mana pihak ketiga yang boleh mengganggu privasi anda. The Dalucia Sdn Bhd akan mengambil langkah-langkah yang sesuai, sesuai dengan undang-undang privasi dan keselamatan data yang berkuatkuasa. Walaubagaimanapun, tiada penghantaran data melalui Internet atau sistem penyimpanan data dapat dijamin selamat 100%. Sekiranya anda mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi terjamin (contohnya, jika anda merasakan bahawa keselamatan sebarang Maklumat Peribadi yang mungkin anda telah kongsikan dengan kami telah tergugat), sila maklumkan kepada kami dengan segera.